NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Mei 2025.
1. Kau 'tikam' aku, lepas itu nak damai? - Rafizi
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Rafizi Ramli membidas pihak tertentu dalam parti yang disifatkannya sebagai berpura-pura mahu berdamai selepas mencetuskan ketegangan dan menyerangnya secara senyap dari dalam.
2. Pemandu lori terlibat nahas trak FRU ditahan semula, terbabit siasatan kes berbeza
Pemandu lori muatan batu yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Selasa lalu, ditahan semula sebaik sahaja membayar wang jaminan pada Isnin.
3. Amang seksual: Hukuman penjara PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun
Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen atas dua kes amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tiga tahun lalu.
4. Lebuh raya, jalan utama di Lembah Klang ditutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Enam lebuh raya dan 25 jalan utama sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat bermula Jumaat hingga 28 Mei ini bagi memastikan kelancaran trafik sempena Sidang Kemuncak ASEAN.
5. Najib tidak akan berubah seandainya jadi Perdana Menteri semula - Dr Mahathir
Datuk Seri Najib Razak tidak akan berubah seandainya beliau terpilih untuk menjadi Perdana Menteri semula, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
6. Jabatan Akauntan kesan transaksi penipuan RM10.4 juta di London
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengesan transaksi penipuan oleh penjawat awam, membabitkan kerugian RM10.4 juta di sebuah jabatan kerajaan di London.
7. Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci Makkah, akibat serangan jantung, pada Isnin.
8. Agensi kerajaan, GLC perlu pulangkan dana tiris - Ketua Audit Negara
Agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, badan berkanun serta 1,875 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dikenal pasti terlibat dalam ketirisan dana awam menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) perlu memulangkan semula dana tersebut.
9. Tunku Mahkota Ismail nasihat semua pihak beri sokongan positif kepada pasukan kebangsaan
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim bertitah menasihati semua pihak agar memberikan sokongan yang positif dan membangun kepada pasukan bola sepak kebangsaan.
10. Pemilihan PKR: Anwar ingatkan jangan bermusuh
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti supaya tidak bermusuhan walaupun berlaku persaingan sengit atau perbezaan pendapat semasa pemilihan.