awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amang seksual: Hukuman penjara PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2025
07:10 MYT
Amang seksual: Hukuman penjara PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun
PU Azman dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas rayuannya diterima untuk menjalani hukuman secara serentak bermula 27 September 2024. -Gambar fail/Bernama
KLANG: Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah Sesyen di sini, atas dua kes amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, pada tiga tahun lalu.

Ringkasan AI
  • PU Azman dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas rayuannya diterima untuk menjalani hukuman secara serentak bermula 27 September 2024.
  • Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.
  • Hukuman sebatan terhadap PU Azman dikekalkan oleh mahkamah walaupun tempoh penjara dikurangkan.

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dikenakan hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, membenarkan rayuannya supaya dikenakan semua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh 27 September 2024.
Bagaimanapun, mahkamah mengekalkan hukuman dua sebatan terhadap Azman Syah, 44.
Azman Syah sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang pada September tahun lalu selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki pada tahun 2022.
Peguam Azman Syah, Fahmi Adilah, dalam hujahannya berkata bahawa pertuduhan itu adalah sebahagian daripada satu perbicaraan yang diletakkan di bawah satu nombor kes, melibatkan mangsa dan saksi yang sama walaupun kejadian berlaku pada dua tarikh berbeza.
“Tiada sebarang perlengahan atau mengambil masa panjang untuk perbicaraan… justeru kami mohon hukuman dijalankan serentak,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Tengku Najiha Tengku Zahari berpendapat bahawa Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan yang tepat dan menolak rayuan kerana setiap kes melibatkan dua kejadian berasingan.
“Masyarakat menanti dan melihat perkembangan kes-kes sebegini. Jadi, saya percaya itu sewajarnya diambil kira dalam menjatuhkan hukuman,” katanya.
Azman Syah kini akan menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula 27 September 2024 di Penjara Kajang.
Topic Berkaitan
#amang seksual
#PU Azman
#hukuman secara serentak
#hukuman sebatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan