NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Mei 2025.
1. Prosiding komital Ahmad Zahid terhadap Tun M ditangguh 21 Julai
Penangguhan prosiding dibuat bagi membolehkan pihak Dr Mahathir meneliti afidavit balasan yang baru diterima.
2. ASEAN 2025: Negara terus perkukuh peranan peneraju transformasi digital - PM
Transformasi digital bukan sekadar pengumuman retorik tetapi satu usaha bersepadu yang akan dikongsi bersama negara jiran.
3. Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah asid di Bachok
Wanita berusia 38 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam di hadapan sebuah kilang getah di Kuala Krai.
4. Mahkamah tolak permohonan Bung Moktar, Zizie Izette semak keputusan bela diri rasuah RM2.8 juta
Hakim menyatakan tiada bukti wujud ketidakadilan atau keadaan luar biasa yang membolehkan semakan semula keputusan terdahulu dilakukan.
5. Cadangan umur persaraan 65 tahun wajar dipertimbang – PM Anwar
Perdana Menteri menekankan perlunya kajian menyeluruh, termasuk implikasi kewangan, jumlah penduduk, dan peluang pekerjaan baharu, sebelum sebarang keputusan dibuat.
6. SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara
Ia berdasarkan maklumat baharu yang diterima berhubung hartanah dan aset yang dikaitkan dengan Daim, ahli keluarga dan proksinya.
7. Pamela Ling bukan suspek kes pengubahan wang haram - SPRM
Datin Seri Pamela Ling bukan suspek dalam kes pengubahan wang haram yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
8. Tempoh lanjutan perkhidmatan Tengku Maimun akan diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
9. Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden kerana Rafizi bercuti dan kosongkan pejabat
Kurang 24 jam daripada tempoh pemilihan Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar akhirnya mendedahkan mengapa beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti.
10. Pasukan Petugas Khas ditubuh tangani isu jemaah haji terkandas
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Lembaga Tabung Haji (TH) akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas menangani isu jemaah haji yang terkandas pada musim haji tahun ini.