NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Mei 2025.
1. ‘Lega jadi orang biasa, terselamat daripada sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi’ - Rafizi
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Rafizi Ramli, yang gagal mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti pada Jumaat, mengakui beliau hampir rasa kecewa dan putus asa, walaupun hanya seketika.
2. 'Potong perut' atau bariatrik bukan untuk cantik semata-mata...
Pembedahan bariatrik yang dianggap sebagai pembedahan kosmetik, semakin menjadi pilihan sebagai kaedah klinikal untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
3. Malaysia cipta sejarah, Resolusi Kesihatan Paru-paru diterima pakai WHO - Dzulkefly
Resolusi Kesihatan Paru-paru yang dipacu negara telah diterima pakai secara rasmi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-78 (WHA78) di Geneva, Switzerland.
4. Rafizi tokoh sesuai sertai 'payung besar' PRU16 - Annuar Musa
Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Datuk Seri Rafizi Ramli menyertai satu koalisi politik nasional atau payung besar yang bertujuan membawa transformasi negara menjelang PRU16, walaupun beliau tewas dalam pemilihan PKR baru-baru ini.
5. Wei Chong-Kai Wun ke final Masters Malaysia 2025
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah slot final selepas mengecewakan bekas juara dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, pada perlawanan separuh akhir Masters Malaysia 2025 hari ini.
6. Pelajar SPM dapat 10A dijamin tempat, biasiswa penuh di UniKL, UPTM - Ahmad Zahid
Pelajar yang memperoleh 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi jaminan akan mendapat tempat di dua institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
7. 'Azizah saya pilih, Izzah akar umbi pilih' - Anwar jawab isu nepotisme
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kembali isu nepotisme yang pernah dikaitkan dengan keluarganya dalam kepimpinan parti.
8. Kerajaan jamin harga RON95 tidak dinaikkan - PM
Kerajaan memberi jaminan bahawa harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan untuk rakyat, walaupun cadangan berkenaan pernah dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.
9. Kecewa selepas berjuang itu lumrah, tenang dan bangkit semula - Rais Hussin ‘pujuk’ Rafizi
Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff menasihatkan bekas Timbalan Presiden PKR itu agar berehat seketika dan bangkit semula dengan iltizam yang lebih kuat.
10. UMNO tidak tamak minta jawatan menteri kabinet jika berlaku kekosongan
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tidak tamak untuk meminta jawatan menteri kabinet yang berkemungkinan kosong susulan keputusan pemilihan kepimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada Jumaat.