[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Mei 2025.


1. Rombakan kabinet: “Tidak boleh ganti, mereka masih bercuti” - PM Anwar

Menurut Anwar perkara tersebut tidak dapat diputuskan kerana kedua-duanya masih bercuti.



2. Yassin Senario kongsi pengalaman sedih di lokap Arab Saudi: 'Kali pertama saya tidur berdiri'

Keadaan lokap yang agak sesak memaksa dirinya berehat secara berdiri sebelum dibenarkan tidur di hadapan pintu tandas.


3. Jemaah berpuas hati, kafeteria disediakan TH saji menu Malaysia

Jemaah haji yang berpuas hati dengan harga ditawarkan berkata ia lebih murah berbanding kedai makan atau pasar raya di luar.


4. Tanpa Rafizi, Nik Nazmi, negara hilang pemimpin progresif dan futuristik – Akmal Nasrullah

“Sejujurnya, bukan sahaja parti (Parti Keadilan Rakyat) tetapi negara kehilangan pemimpin barisan hadapan (front face) yang progresif dan futuristik.”

5. Sektor pertanian kritikal, generasi muda kurang minat - Fadillah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan, situasi ini memberi amaran awal tentang keperluan mendesak untuk meremajakan sektor tersebut.


6. Biarkan Rafizi berhenti, jangan pujuk - Nazri

Mohamed Nazri turut menempelak Rafizi sebagai punca kegagalan Kerajaan Perpaduan mendapatkan sokongan orang Melayu.


7. Polis Gombak lumpuhkan dua sindiket dadah, rampasan bernilai lebih RM7 juta

Polis berjaya melumpuhkan dua sindiket dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar Gombak susulan penahanan seorang lelaki dan wanita warga tempatan serta seorang lelaki warga asing dengan rampasan dadah bernilai RM7,121,015.20 baru-baru ini.


8. Kertas siasatan pempengaruh disyaki hantar gambar berbaur lucah dirujuk Pejabat TPR

Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes seorang pempengaruh media sosial disyaki menghantar gambar berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan, kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Selasa lepas.


9. Ancaman siber dipacu AI melonjak di Malaysia, data dijual di 'dark web' - Fortinet

Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak ancaman siber yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI) dengan hampir 50 peratus organisasi melaporkan insiden serangan dipacu teknologi itu.


10. SPRM sita aset RM32 juta dari kediaman 'Tan Sri'

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita pelbagai aset dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri, yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM32 juta.




#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI