NATIONAL
Polis Gombak lumpuhkan dua sindiket dadah, rampasan bernilai lebih RM7 juta

Noor Ariffin (tiga dari kanan) menunjukkan bungkusan dadah dianggar bernilai lebih RM7 juta yang dirampas susulan tangkapan ke atas tiga individu termasuk sepasang kekasih di Gombak. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan dua sindiket dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar Gombak susulan penahanan seorang lelaki dan wanita warga tempatan serta seorang lelaki warga asing dengan rampasan dadah bernilai RM7,121,015.20 baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Tindakan polis terhadap sindiket dadah: Polis berjaya melumpuhkan dua sindiket dadah di Gombak dengan menahan tiga individu serta merampas dadah bernilai lebih RM7.1 juta dalam dua serbuan berasingan.
- Rampasan utama dan penahanan suspek: Serbuan pertama membawa kepada rampasan 222,331 gram syabu serta penahanan seorang lelaki tempatan, manakala serbuan kedua menemukan 2,072 gram ganja dan menahan seorang lelaki warga asing serta wanita tempatan yang dipercayai pasangan kekasih.
- Siasatan dan tindakan lanjut: Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan tindakan pelucuthakan harta termasuk penyitaan wang tunai dan barang kemas, namun tiada suspek memiliki rekod jenayah dan keputusan ujian air kencing mereka negatif.
"Nilai rampasan dadah bagi kes pertama ini berjumlah RM7,114,592 dan dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita seutas rantai emas bernilai RM11,348.86," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media rampasan dadah jenis syabu dan ganja di IPD Gombak di sini hari ini.
Noor Ariffin berkata bagi kes kedua, pihaknya menahan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun dipercayai pelajar kolej swasta dan wanita tempatan berusia 47 tahun dipercayai bekerja sebagai eksekutif insurans syarikat swasta dalam sebuah kereta Honda City, sekitar 6 pagi pada Selasa lepas.
Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai pasangan kekasih direman selama tujuh hari sehingga 3 Jun ini.
"Pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemukan dua paket berisi daun kering mampat dipercayai dadah jenis ganja seberat 2,072 gram.
"Nilai rampasan dadah bagi kes ini berjumlah RM6,423.20 dipercayai untuk pasaran sekitar Gombak. Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita wang tunai RM500," katanya.
Beliau berkata semua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan keputusan saringan air kencing adalah negatif serta kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami