awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pertanian kritikal, generasi muda kurang minat - Fadillah

Pia Ernadya
Pia Ernadya
29/05/2025
09:20 MYT
Sektor pertanian kritikal, generasi muda kurang minat - Fadillah
Fadillah berucap pada Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 di MAEPS, Serdang pada Khamis. - Foto Bernama
SERDANG: Struktur demografi pengusaha pertanian negara semakin menua dengan majoritinya berusia 60 tahun ke atas.

Ringkasan AI
  • Struktur demografi pengusaha pertanian semakin menua: Banci Pertanian 2024 menunjukkan bahawa 45.4% pengusaha pertanian individu berusia 60 tahun ke atas, sementara hanya 22.2% terdiri daripada golongan muda berusia 15-45 tahun, menandakan keperluan mendesak untuk meremajakan sektor ini.
  • Cabaran terhadap keterjaminan makanan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa tanpa tenaga kerja mahir dan berdaya saing dalam kalangan generasi muda, sasaran untuk memperkukuh keterjaminan makanan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada import akan sukar dicapai.
  • Langkah strategik untuk menarik minat generasi muda: Kerajaan perlu meningkatkan insentif, memperkenalkan teknologi moden, dan memperbaiki persepsi terhadap kerjaya dalam sektor pertanian bagi memastikan kelestarian industri ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan, situasi ini memberi amaran awal tentang keperluan mendesak untuk meremajakan sektor tersebut.
"Penemuan Banci Pertanian 2024 mendapati seramai 458,395 orang (45.4%) daripada pengusaha pertanian individu berusia 60 tahun dan ke atas dan 326,287 orang (32.3%) berumur 46-59 tahun.
"Sementara itu, pengusaha pertanian individu berusia 15-45 tahun adalah seramai 224,147 orang (22.2%)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 di MAEPS, Serdang pada Khamis.
"Bagi kelangsungan sektor pertanian negara, jelas terdapat keperluan untuk meremajakan sektor pertanian dengan menarik penyertaan generasi muda dalam sektor ini.
"Tanpa tenaga kerja mahir dan berdaya saing dalam kalangan generasi muda, sasaran untuk memperkukuh keterjaminan makanan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada import sukar dicapai," jelasnya lagi.
Justeru, tegas Fadillah, pendekatan strategik secara menyeluruh perlu digembleng bagi menarik minat generasi muda terhadap sektor pertanian.
"Langkah strategik seperti meningkatkan insentif, memperkenalkan teknologi moden dan memperbaiki persepsi terhadap kerjaya dalam sektor Pertanian perlu digembleng secara menyeluruh bagi memastikan kelestarian dalam sektor ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#sektor pertanian kritikal
#Fadillah Yusof
#golongan muda
#meremajakan sektor pertanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan