[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Jun 2025.


1. Agong titah kukuhkan perpaduan, ingatkan pemimpin jauhi politik perpecahan

Sultan Ibrahim turut menyeru kepada seluruh rakyat jelata supaya terus memperkukuh perpaduan untuk diberikan sebagai hadiah kepada Seri Paduka Baginda.



2. Peguam Negara dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat sempena keputeraan Agong

Mohd Dusuki dikurniakan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.


3. Glauder sah sertai JDT

Glauder dilaporkan akan menyarung jersi nombor lima, yang sebelum ini dipakai Jordi Amat.


4. Pemerintahan Sultan Ibrahim yang bijaksana lambang keluhuran, penyatuan negara - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemerintahan Sultan Ibrahim sebagai lambang keluhuran dan penyatuan negara.


5. Pelancong British dikhuatiri hilang selepas keluar malam di Bangsar - Laporan

Menurut ibunya, Leanne Burnett, anaknya dipercayai pergi ke sebuah bar di Bangsar, berdasarkan gambar yang dihantar kepada rakan karibnya Owen.


6. Pegawai TLDM terima bintang JPP kerana keberanian selamatkan mangsa bot terbalik

Beliau menerima penghormatan atas keberaniannya menyelamatkan mangsa dalam insiden bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Perak pada Ogos 2023.


7. Madu direman sebar gambar aib guru

Seorang ejen insurans direman dua hari oleh Mahkamah Majistret pada Isnin selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya yang juga seorang guru Mac lalu.


8. TERKINI HAJI 2025: Jemaah Malaysia diselamatkan susulan serangan jantung

Seorang ejen insurans direman dua hari oleh Mahkamah Majistret pada Isnin selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya yang juga seorang guru Mac lalu.


9. Tiada ketegangan dalam UMNO susulan keputusan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wujud sebarang ketegangan sehingga menghangatkan suhu dalaman UMNO berikutan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar parti.


10. Tengku Zafrul perlukan PRK untuk kekal relevan dalam politik - Penganalisis

Satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diperlukan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk kekal relevan dalam politik.



#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI