awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada ketegangan dalam UMNO susulan keputusan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
02/06/2025
13:15 MYT
Tiada ketegangan dalam UMNO susulan keputusan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wujud sebarang ketegangan sehingga menghangatkan suhu dalaman UMNO berikutan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar parti. - Foto BERNAMA
LONDON: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak wujud sebarang ketegangan sehingga menghangatkan suhu dalaman UMNO berikutan keputusan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar parti.

Ringkasan AI
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada ketegangan dalam parti susulan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz keluar UMNO dan menyertai PKR.
  • Zahid berkata kebanyakan akar umbi menyokong keputusan tersebut dan menganggap ia wajar jika tiada lagi kesetiaan dalam parti.
  • Beliau turut menyatakan bahawa isu penggantian Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri perlu dibincangkan secara dalaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan, manakala pelantikan menteri kekal hak mutlak Perdana Menteri.

Presiden UMNO itu berkata kebanyakan akar umbi berpandangan tindakan Tengku Zafrul meletak jawatan dalam parti adalah wajar.
"Saya tidak nampak 'suhu kepanasan' berlaku dalam kalangan UMNO, eloklah keluar kalau tidak ada kesetiaan di dalam parti... jangan ganggu beliau kerana beliau sedang mengerjakan haji, moga-moga ketenangan menyelubungi minda beliau," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan pramesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari ke United Kingdom yang bermula hari ini.
Jumaat lepas, Tengku Zafrul menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR.
Menjawab soalan mengenai rombakan Kabinet jika tempat Tengku Zafrul sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri perlu diganti, Ahmad Zahid berkata perbincangan perlu diadakan secara dalaman antara Kerajaan Perpaduan.
"Hak mutlak pelantikan menteri ini adalah atas (budi bicara) Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
" ...elok kita adakan perbincangan secara dalaman supaya tidak timbul interpretasi yang pelbagai dalam perkara ini," katanya.
Terdahulu, beliau berkata UMNO mahu supaya kuota tujuh menteri penuh di dalam Kabinet Persekutuan dikembalikan kepada parti berkenaan susulan tindakan Tengku Zafrul itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
#Zafrul Abdul Aziz
#ketegangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan