awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Glauder sah sertai JDT

Bernama
Bernama
02/06/2025
01:15 MYT
Glauder sah sertai JDT
Glauder dilaporkan akan menyarung jersi nombor lima, yang sebelum ini dipakai Jordi Amat. - Foto Instgram/JOHOR DARUL TA’ZIM FC
JOHOR BAHRU: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan pemain pertahanan Sepanyol Antonio Glauder, sebagai rekrut pertama pasukan itu bagi menghadapi saingan musim depan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Johor Southern Tigers yang menyifatkan kemasukan pemain berusia 29 tahun itu, sebagai tambahan baharu barisan pertahanan skuad Harimau Selatan.
"Kami ada "wall" baharu di bahagian pertahanan! Selamat datang ke Johor Darul Ta'zim FC, Antonio Glauder. Dari Sepanyol ke Malaysia, Antonio Glauder kini Harimau Selatan," menurut hantaran di Facebook JOHOR Southern Tigers, beserta video Glauder di Stadium Sultan Ibrahim.
Glauder dilaporkan akan menyarung jersi nombor lima, yang sebelum ini dipakai Jordi Amat.
Perkembangan itu sekali gus mencetus tanda tanya mengenai masa depan Jordi Amat yang juga pemain pertahanan JDT.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengumuman rasmi mengenai status beliau bersama skuad Harimau Selatan.
Glauder merupakan produk akademi bola sepak elit Sepanyol dan pernah menyertai skuad remaja kelab ternama seperti Barcelona, Villarreal, Espanyol dan Alaves.
Beliau juga mempunyai pengalaman luas bersama kelab-kelab seperti CF Fuenlabrada, Eibar dan Albacete dalam saingan Segunda Division.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Antonio Glauder
#Harimau Selatan
#Jordi Amat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami