MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Jun 2025.
Wisma Putra berkata resolusi tersebut telah menerima sokongan majoriti jelas daripada negara anggota, namun gagal diluluskan akibat penggunaan kuasa veto.
Polis mengesahkan mayat lelaki warga asing yang ditemukan dalam keadaan terlentang di bahagian lif tingkat bawah sebuah tapak pembinaan di Bangsar Hill Park, di sini, sebagai Jordan Michael John Johnson-Doyle, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
Peniaga berskala mikro dan kecil bagi perniagaan jualan makanan dan minuman dibenar menggunakan silinder gas petroleum cecair (LPG) bagi keperluan premis makanan dan minuman sendiri sementara pindaan kepada peraturan berkaitan dilaksanakan.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita bangunan Menara Ilham milik keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin, yang terletak di No. 8, Jalan Binjai, Kuala Lumpur.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera terhadap penjualan produk vape mengandungi dadah sintetik secara dalam talian.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya berkaitan isu kekebalan daripada sebarang saman sivil.
Syarikat minyak dan gas milik negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka mengurangkan 10 peratus tenaga kerjanya dalam penyusunan semula seluruh syarikat bagi mengurangkan kos susutan harga minyak mentah.
Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal beroperasi semula tidak lama lagi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dasar luar Malaysia tidak ditentukan oleh mana-mana kuasa asing, sebaliknya berlandaskan kepentingan nasional serta keyakinan yang teguh.
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois buat masa ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami