MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Jun 2025.
1. Malaysia kesal Majlis Keselamatan PBB gagal lulus resolusi gencatan senjata Gaza
Wisma Putra berkata resolusi tersebut telah menerima sokongan majoriti jelas daripada negara anggota, namun gagal diluluskan akibat penggunaan kuasa veto.
2. Mayat ditemukan di Bangsar disahkan warga UK Jordan Michael
Polis mengesahkan mayat lelaki warga asing yang ditemukan dalam keadaan terlentang di bahagian lif tingkat bawah sebuah tapak pembinaan di Bangsar Hill Park, di sini, sebagai Jordan Michael John Johnson-Doyle, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.
3. Peniaga makanan, minuman boleh guna LPG bersubsidi sementara peraturan dipinda
Peniaga berskala mikro dan kecil bagi perniagaan jualan makanan dan minuman dibenar menggunakan silinder gas petroleum cecair (LPG) bagi keperluan premis makanan dan minuman sendiri sementara pindaan kepada peraturan berkaitan dilaksanakan.
4. SPRM sita Menara Ilham, segala urusan pindah milik kini satu kesalahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita bangunan Menara Ilham milik keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin, yang terletak di No. 8, Jalan Binjai, Kuala Lumpur.
5. MCMC pantau jualan cecair vape ada dadah sintetik dalam talian - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera terhadap penjualan produk vape mengandungi dadah sintetik secara dalam talian.
6. PM Anwar Ibrahim fail rayuan isu kekebalan saman sivil
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, antaranya berkaitan isu kekebalan daripada sebarang saman sivil.
7. Petronas dijangka kurangkan tenaga kerja 10 peratus
Syarikat minyak dan gas milik negara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka mengurangkan 10 peratus tenaga kerjanya dalam penyusunan semula seluruh syarikat bagi mengurangkan kos susutan harga minyak mentah.
8. Aerotrain KLIA bakal beroperasi semula dalam masa terdekat - Loke
Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal beroperasi semula tidak lama lagi.
9. Dasar luar Malaysia tidak ditentukan kuasa asing - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dasar luar Malaysia tidak ditentukan oleh mana-mana kuasa asing, sebaliknya berlandaskan kepentingan nasional serta keyakinan yang teguh.
10. Pelaksanaan e-invois ditangguh bagi pendapatan bawah RM5 juta - LHDN
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM500,000 dikecualikan daripada pelaksanaan sistem e-Invois buat masa ini.