MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Jun 2025.
Dua lagi mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri dilaporkan hilang, manakala seorang mangsa diselamatkan oleh nelayan.
Ini era baharu sektor pertanian, Internet Kebendaan atau nama pendeknya, IoT.
Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan dua penumpang Toyota Alphard mengalami kecederaan.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan kemurkaan dan kebimbangan baginda atas peningkatan kes penipuan pakej haji di negara ini.
Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai lapan orang pada musim Haji 1446 tahun ini.
Penawaran diskaun lima peratus kepada pembeli rumah pertama dalam kalangan komuniti India Muslim di Pulau Pinang, tidak melibatkan unit kuota bumiputera dan tidak menjejaskan dasar sedia ada berkaitan pemilikan rumah.
Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran, dengan ribuan jemaah termasuk pemimpin mengimarahkan masjid untuk bersama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat Aidiladha.
Johan Ghazali Zulfikar, terpaksa akur dengan kekalahan ketiga selepas tewas kepada petarung berdarah Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, dalam One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, hari ini.
Individu bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang telah dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, dia memaklumkan perjalanannya ke Singapura untuk menonton konsert terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), apabila dimaklumkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bahawa namanya telah disenaraihitamkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami