MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 07/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Jun 2025.

1, Tiga termasuk kanak-kanak maut bot terbalik di Tanjung Harapan

Dua lagi mangsa yang dipercayai pasangan suami isteri dilaporkan hilang, manakala seorang mangsa diselamatkan oleh nelayan.


2, Pertanian di hujung jari, pelbagai operasi bertukar automatik

Ini era baharu sektor pertanian, Internet Kebendaan atau nama pendeknya, IoT.


3, Nahas Jerantut: Identiti lima sekeluarga dikenal pasti

Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu dan dua penumpang Toyota Alphard mengalami kecederaan.


4. Penipuan pakej haji: Sultan Selangor murka, titah tindakan tegas diambil segera

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menzahirkan kemurkaan dan kebimbangan baginda atas peningkatan kes penipuan pakej haji di negara ini.


5. TERKINI HAJI 2025: Kematian kelapan jemaah haji Malaysia

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai lapan orang pada musim Haji 1446 tahun ini.


6. Diskaun kepada India Muslim tidak libat kuota bumiputera atau jejas hak kaum lain - Exco

Penawaran diskaun lima peratus kepada pembeli rumah pertama dalam kalangan komuniti India Muslim di Pulau Pinang, tidak melibatkan unit kuota bumiputera dan tidak menjejaskan dasar sedia ada berkaitan pemilikan rumah.


7. Hari Raya Aidiladha disambut meriah di seluruh negara

Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran, dengan ribuan jemaah termasuk pemimpin mengimarahkan masjid untuk bersama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat Aidiladha.


8. One Championship: Johan Ghazali tewas kali kedua menerusi keputusan juri

Johan Ghazali Zulfikar, terpaksa akur dengan kekalahan ketiga selepas tewas kepada petarung berdarah Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, dalam One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, hari ini.


9. Skandal lebuh raya: Tan Sri dibenar keluar hospital, SPRM akan rakam keterangan - Azam Baki

Individu bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang telah dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan.


10. Dilarang ke luar negara: ‘Apa kesalahan aku?’ - Fahmi Reza tuntut jawapan

Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, dia memaklumkan perjalanannya ke Singapura untuk menonton konsert terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), apabila dimaklumkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bahawa namanya telah disenaraihitamkan.



#berita pilihan #berita tempatan #Berita AWANI #Astro Awani