MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 08/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Jun 2025.


1. PM arah PDRM semak larangan keluar negara Fahmi Reza

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikatakan dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza.



2. TERKINI HAJI 2025: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci

Syed Baharom Syed Hussin, 72 tahun, dari Alor Setar, Kedah, meninggal dunia pada jam 4.53 pagi, 7 Jun, di Hospital Mina Al Wadee, menjadikan setakat ini sembilan kematian pada musim haji kali ini.


3. Terbuka Indonesia: Pemain badminton negara kena 'boo' di Istora Senayan

Menerusi satu video yang tular di X, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, kelihatan bergelut dengan dua perkara: permainan dalam gelanggang yang dalam masa sama menguji ketahanan mental.


4. Tiada sekatan pergerakan, Fahmi Reza hanya dalam senarai pemantauan – PDRM

Kekeliruan semasa semakan di pintu keluar negara menyebabkan arahan sekatan dikeluarkan secara tidak tepat.


5. Telco tidak serah data peribadi, hanya statistik untuk tujuan rasmi - Fahmi

Sebelum ini, SKMM mempertahankan arahannya yang mewajibkan syarikat telekomunikasi menyerahkan data semua panggilan telefon bimbit dibuat dari Januari hingga Mac.


6. Bot terbalik: Ibu mangsa meraung selepas proses pengecaman mayat

Mayat Gan Hon Tat, 32, dan isterinya, Careen Man, 29, ditemukan oleh APMM pada pagi Ahad, selepas insiden bot terbalik pada petang Jumaat.


7. Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah bergelar naib juara, hampir robohkan tembok China

Pearly Tan-M. Thinaah, bergelar naib juara Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia apabila tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, di Istora Senayan, Jakarta.


8. Disekat ke luar negara, Fahmi Reza mahu ambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa

Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza yang kecewa dihalang ke luar negara tanpa penjelasan yang munasabah pada Sabtu, berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.


9. 'Tiada jet peribadi, perjalanan guna wang sendiri' - Nurul Izzah jawab dakwaan tajaan mewah ke Tanah Suci

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar nafi kunjungan beliau dan suaminya Yin Shao Loong ke Tanah Suci Mekah menggunakan dana awam.


10. LPG ungu: ‘Orang sebut A, dia sebut Z’ - Armizan minta Wee Ka Siong lebih cermat mengulas

Datuk Armizan Mohd Ali menolak pandangan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa isu penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) melibatkan Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022.




#berita tempatan #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI