awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Indonesia: Pemain badminton negara kena 'boo' di Istora Senayan

Astro Arena
Astro Arena
07/06/2025
23:30 MYT
Terbuka Indonesia: Pemain badminton negara kena 'boo' di Istora Senayan
Man Wei Chong-Tee Kai Wun kelihatan bergelut dengan dua perkara: permainan dalam gelanggang dan ujian ketahanan mental. - Foto Astro ARENA
BUKANLAH satu kebiasaan dalam sukan badminton apabila situasi membabitkan penonton yang berkelakuan negatif ketika perlawanan sedang berlangsung demi menjatuhkan moral pemain.
Sudah pasti, ia akan memahat ingatan untuk mana-mana pemain yang bertandang ke Istora Senayan sebagai antara venue paling popular untuk penganjuran badminton dunia.
Daripada tempat serba lengkap, ke mimpi ngeri buat sesetengah pemain, apabila terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong tuan rumah.
Menerusi satu video yang tular di X, beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, kelihatan bergelut dengan dua perkara: permainan dalam gelanggang yang dalam masa sama menguji ketahanan mental.
Ini apabila peminat tuan rumah melontarkan sisi negatif yang memberi impak kepada pemain lawan untuk sukar beradaptasi dengan perlawanan penting.
Itu yang dialami oleh wakil negara yang menerima ejekan dari awal permainan.
Sikap tersebut menghadirkan mentaliti yang mempersoalkan tindakan penyokong sukar untuk pemain tangani.
Wei Chong dan Kai Wun terpaksa akur dengan 'kelebihan' tuan rumah itu sebelum tersingkir di separuh akhir kejohanan bertaraf super 1000 itu.
Ini sekali gus menyaksikan hanya beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, gandingan tunggal negara mara ke final Terbuka Indonesia.
Booo booo opponent tuan rumah ni sebahagian dari culture kat sana ke ? Dari entrance & intro dah kena booo. Setiap kali nak serve pun kena booo. *bertanya dengan nada dering*#IndonesiaOpen2025 pic.twitter.com/CTh0LqxWok
— Reezha (@_ItsReezha_) June 7, 2025
Topic Berkaitan
#Terbuka Indonesia
#penonton Indonesia
#Man Wei Chong-Tee Kai Wun
#boo
#Istora Senayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami