MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 10/06/2025 | 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Jun 2025.
1. Kemalangan bas UPSI: Polis akan mohon perintah reman pemandu - Noor Hisam
Polis akan memohon perintah reman terhadap pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan ngeri mengorban nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi semalam bagi membantu siasatan, apabila pemandu itu dibenarkan keluar dari hospital nanti.
2. Penganggur kelar isteri di Bukit Gambir didakwa di mahkamah
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh isterinya di Bukit Gambir, dekat sini, awal Jun lepas.
3. Blok pentadbiran SM Sains Alam Shah, Cheras terbakar
Blok pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, di sini, yang menempatkan bilik guru, bilik fail dan makmal terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
4. Kemalangan bas UPSI: JPN Kedah diarah pantau keadaan, kebajikan pasangan guru - Fadhlina
Beliau dimaklumkan bahawa pasangan guru yang menaiki Perodua Alza itu sedang mendapatkan rawatan bersama keluarganya di Hospital Baling, Kedah.

5. Zii Jia pilih untuk tidak bersama RTG - Hannah
Lee Zii Jia mengesahkan tidak menyertai Program Road to Gold (RTG) atas alasan tersendiri, tetapi tetap memberi maklum balas positif mengenai sokongan kepada atlet profesional.

6. Kemalangan bas UPSI: 'Saya minta maaf, brek tidak berfungsi' - Pemandu
Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan keluarga mangsa.
7. Kemalangan bas UPSI: KPT terima syor elak perjalanan malam
Menteri berkenaan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata antara syor yang diterima termasuklah cadangan supaya perjalanan melibatkan pelajar universiti diadakan hanya pada waktu siang.
8. Sejarah tercipta! Dua beregu lelaki negara ungguli ranking dunia
Sejarah tercipta buat badminton Malaysia hari ini apabila dua beregu lelaki negara mengungguli kedudukan dua teratas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
9. Kerajaan Perpaduan MADANI komited lakukan pembaharuan, tetapi perlukan masa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan MADANI amat komited menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa tetapi pembaharuan untuk memerangi ancaman ini akan memerlukan sedikit masa untuk mencapai hasil.
10. Malaysia tamatkan kemarau, menang 4-0 ke atas Vietnam
Skuad kebangsaan Harimau Malaya berjaya mengembalikan maruah bola sepak negara apabila menang 4-0 mengalahkan Vietnam.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI