awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blok pentadbiran SM Sains Alam Shah, Cheras terbakar

Faida Rahim
Faida Rahim
10/06/2025
01:00 MYT
Blok pentadbiran SM Sains Alam Shah, Cheras terbakar
Blok pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur, yang menempatkan bilik guru, bilik fail dan makmal terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Blok pentadbiran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, di sini, yang menempatkan bilik guru, bilik fail dan makmal terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.15 pagi dan seramai 44 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran di tingkat satu melibatkan blok pentadbiran sekolah dengan hampir 100 peratus kemusnahan di lokasi.
“Ketika kami tiba di lokasi kejadian, hujan lebat dan angin kuat sekali gus membuatkan api sangat marak.
“Api berjaya dipadam secara keseluruhan pada jam 6.20 pagi dengan bantuan Balai Bomba Bandar Tun Razak dan Balai Bomba Hang Tuah,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Tambah beliau, sebanyak tiga buah jentera, fire rescue tender, dua buah jentera water tanker dan 1 jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut dikejarkan ke lokasi.
Bagaimanapun, semua guru dan pelajar dilaporkan selamat manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM.
“Tiada mangsa yang terlibat manakala punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik kebakaran,” katanya.
Awal pagi ini, beberapa gambar dan video tular di media sosial memaparkan api marak di sekolah berkenaan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#SM Sains Alam Shah terbakar
#sekolah berasrama penuh
#bomba Bandar Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan