MALAYSIA
Kerajaan Perpaduan MADANI komited lakukan pembaharuan, tetapi perlukan masa - PM Anwar

Anwar berkata ada sesetengah pihak yang tidak sabar dan mahukan pembaharuan yang cepat, tetapi mereka sebenarnya "tidak melihat fakta dan realiti sebenar." - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Perpaduan MADANI amat komited menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa tetapi pembaharuan untuk memerangi ancaman ini akan memerlukan sedikit masa untuk mencapai hasil.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Perpaduan MADANI komited perangi rasuah dan salah guna kuasa.
- Beliau akui pembaharuan ambil masa dan perlu dilaksana secara berhikmah dalam kerajaan campuran.
- UMNO dan BN dilihat sebagai teras utama yang kini menyokong usaha pembaharuan kerajaan.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan MADANI perlu melakukan pembaharuan sedemikian secara bijak dan berhikmah, justeru sebagai kerajaan campuran, mereka perlu saling bekerjasama antara satu sama lain.
"Dan kita bertuah, kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini telah menjadi salah satu teras utama yang komited kepada pembaharuan dan sokongan ini.
"Tetapi kita tidak boleh ambil mudah, kerana proses rundingan, perbincangan dan libat urus amat penting," kata beliau.
Anwar berkata demikian menerusi ucaptama beliau pada majlis pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi dalam Ekonomi Islam (i-RISE), di sini, hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami