MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Jun 2025.
1. Najib gagal gugurkan tiga tuduhan pengubahan wang haram RM27 juta
Mahkamah Tinggi hari ini menolak representasi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana RM27 juta milik SRC International Sdn Bhd oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
2. Seleweng dana sukuk lebuh raya, kediaman Tan Sri dikawal ketat
Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang dikawal ketat polis bantuan pagi Rabu.
3. Kemalangan bas UPSI: Permit, lesen pengendali bas dibatal serta-merta - MOT
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan membatalkan serta-merta lesen pengendali dan semua permit kenderaan milik sebuah syarikat bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik, Perak, baru-baru ini.
4. Kemalangan bas UPSI: Kabinet arah bangunkan pangkalan data, rekod lampau pemandu bas
Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu bersepakat untuk membangunkan pangkalan data bagi memeriksa rekod lampau pemandu bas, termasuk kesalahan lalu lintas.
5. Kemalangan bas UPSI: Pinjaman PTPTN 13 mangsa maut lupus, bantuan kewangan tambahan disalurkan
Kerajaan mengumumkan beberapa langkah bantuan kepada keluarga mangsa tragedi kemalangan bas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak awal pagi Isnin lalu.
6. "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni", tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
"Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM2025) manakala logo Malaysia MADANI kekal sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.
7. Laporan teknikal nahas FRU boleh diakses pada Khamis
Laporan teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengenai nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meragut nyawa sembilan anggota boleh diakses orang awam mulai Khamis.
8. PETROS fail permohonan isytihar tuntutan jaminan bank Petronas tidak sah
PETROS memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengisytiharkan tuntutan Petronas ke atas jaminan bank yang dikeluarkan oleh Maybank Islamic Berhad sebagai tidak sah.
9. Kadar pengangguran terendah dalam 10 tahun, Malaysia catat 3.0 peratus pada April
Kadar pengangguran Malaysia mencatatkan penurunan kepada 3.0 peratus pada April 2025, mencapai kadar terendah dalam tempoh sepuluh tahun, dengan 525,900 penganggur.
10. Kerajaan pastikan barangan asas kekal bebas cukai, jamin keterjaminan makanan - Mohamad Sabu
Kerajaan akan terus memastikan barangan asas seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ayam dan ikan, kekal bebas cukai demi menjamin keterjaminan makanan rakyat.