MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Jun 2025.
1. Yusoff Rawther dilepas dan dibebaskan
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther, dilepaskan dan dibebaskan tanpa membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan.
2. Lans Koperal mengaku tidak bersalah bunuh Nur Farah Kartini
Anggota polis yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit pada tahun lepas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi pada Khamis.
3. Nahas trak FRU: Lori masuk lorong bertentangan punca kemalangan - Laporan
Siasatan mendapati lori membawa batu kerikil secara tidak sah dan melebihi had muatan sebanyak 70.67%.
4. ADUN Kijal Razali Idris diperintah bela diri tuduhan menghasut, perbicaraan bermula 26 Sept
Datuk Razali Idris diperintah membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap institusi kehakiman semasa PRK Kemaman dua tahun lalu.
5. Pelajar Tingkatan 5 bunuh ibu, abang di Melaka
Polis menahan seorang pelajar Tingkatan Lima selepas disyaki membunuh ibu dan abang sulungnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai Melaka pagi Khamis.
6. Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia
Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah negara bagi musim ini meningkat kepada 13 orang.
7. Siasatan seleweng dana lebuh raya: 'Tan Sri tak sihat, rekod keterangan ditangguh minggu depan' - Azam Baki
Proses rakaman keterangan seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung skandal penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang ditangguh sehingga minggu depan akibat masalah kesihatan.
8. [TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas didakwa 16 pertuduhan esok
Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu akan didakwa esok.
9. Tujuh kenderaan rosak ekoran letupan kedai buah-buahan di Klang
Tujuh kenderaan mengalami kerosakan kecil berikutan satu letupan di sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian pada 5.21 minit petang Khamis.
10. Nahas Air India: PM Anwar rakam takziah, zahir rasa sedih
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita susulan insiden nahas tragik membabitkan Penerbangan Air India 171 berhampiran Ahmedabad, India hari ini.