awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas Air India: PM Anwar rakam takziah, zahir rasa sedih

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
12/06/2025
11:41 MYT
Nahas Air India: PM Anwar rakam takziah, zahir rasa sedih
Menerusi hantaran di media sosial miliknya, Anwar berkata beliau amat berdukacita menerima berita mengenai kejadian tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita susulan insiden nahas tragik membabitkan Penerbangan Air India 171 berhampiran Ahmedabad, India hari ini.
Menerusi hantaran di media sosial miliknya, Anwar berkata, beliau amat berdukacita menerima berita mengenai kejadian tersebut.
"Bagi pihak Kerajaan serta rakyat Malaysia, saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga serta insan tersayang semua mangsa yang terlibat.
“Malaysia berkongsi kedukaan India dan menyatakan solidariti penuh ketika usaha bantuan sedang dijalankan.
"Doa dan ingatan kami sentiasa bersama para mangsa serta semua yang sedang meratapi kehilangan yang amat menyedihkan ini,” kata Anwar.
Terdahulu, sebuah pesawat Air India terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, India lapor stesen TV tempatan.
Pesawat Boeing 787 Dreamliner kod AI171 berkenaan membawa 230 penumpang dan 12 kru dalam perjalanan dari Ahmedabad ke Lapangan Terbang Gatwick, di London, United Kingdom.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Air India
#nahas pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan