awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas didakwa 16 pertuduhan esok

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/06/2025
13:37 MYT
[TERKINI] Kemalangan bas UPSI: Pemandu bas didakwa 16 pertuduhan esok
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Gerik selepas solat Jumaat. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu akan didakwa esok.

Ringkasan AI
  • Pemandu bas yang terlibat kemalangan yang mengorbankan 15 pelajar UPSI di Gerik akan didakwa esok di Mahkamah Majistret Gerik.
  • Suspek berusia 39 tahun akan menghadapi 15 pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Nahas berlaku Isnin lalu apabila bas yang membawa 42 penumpang hilang kawalan dan melanggar MPV di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik-Jeli.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, lelaki berusia 39 tahun itu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Gerik selepas solat Jumaat.
Menurutnya, pemandu bas itu akan didakwa sebanyak 15 pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan satu pertuduhan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Esok lepas (solat) Jumaat akan didakwa di Mahkamah Majistret Gerik,” katanya ketika dihubungi media.
Terdahulu, Noor Hisam berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sekitar jam 5.45 petang Khamis selepas dibenarkan keluar dari hospital.
Menurutnya, suspek akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Kita menunggu arahan lanjut daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada pemandu bas itu boleh didakwa di mahkamah esok atau sebaliknya.
Di pihak polis, kita sudah bersedia," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Lelaki warga tempatan itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Taiping selepas mengalami kecederaan di tangan sejak hari pertama nahas itu berlaku.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Isnin, bas yang membawa 42 penumpang dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat sekeluarga di di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding.
Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim selepas tamat cuti Hari Raya Aidiladha.
Topic Berkaitan
#pemandu bas
#didakwa
#kemalangan bas UPSI
#Mahkamah Majistret Gerik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan