MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Jun 2025.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih memberi masa kepada dua menteri yang meletakkan jawatan sebelum ini, untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.
Tempoh masa pengajaran bagi modul Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) akan ditambah dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.
Seorang lelaki kerugian lebih RM200,000 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau "love scam" menerusi media sosial.
Pelajar yang didakwa membunuh ibunya yang sedang tidur serta abang sulungnya di kediaman mereka di Bukit Rambai Melaka semalam, direman tujuh hari.
Pihaknya menyedari kes berkenaan telah menarik perhatian umum dan sepanjang prosiding, jabatan itu telah bertindak menurut batas kebebasan pendakwaan dan proses undang-undang.
Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, mengaku tidak bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 15 penuntut dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selebriti-dipercayai-lakukan-amang-seksual-akan-didakwa-selasa-ini-524978
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia di Iran dilaporkan terjejas susulan serangan oleh Israel ke atas negara itu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu dan akan meneliti penghakiman penuh perbicaraan kes Yusoff Rawther untuk melihat jika ada kelompangan serta kelemahan ketika siasatan dijalankan.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan gambar kanak-kanak dan remaja di media sosial, khususnya melibatkan kandungan tidak bermoral, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami