MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 15/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Jun 2025.


1. TERKINI HAJI 2025: TH sahkan seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia

Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah menjadikan jumlah keseluruhan 15 orang setakat ini. Nor Azamuddin Ahmad dari KT073 menghembuskan nafas terakhir pada 5.10 petang Sabtu akibat serangan jantung.



2. Polis minta bantuan jejak Nurul Amira Adriana hilang sejak 29 Mei

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Nurul Amira Adriana Muhammad Zaharie, yang dilaporkan hilang di kawasan Jalan PJS 5/2, Taman Desaria, Petaling Jaya, sejak 29 Mei lalu.


3. Hajiji beri bayangan tarikh bubar DUN diumum selepas Perhimpunan Agung Gagasan Rakyat

Datuk Seri Hajiji Noor memberi bayangan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diumum selepas Perhimpunan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Julai ini.


4. Kemalangan bas UPSI: Mangsa Perodua Alza masih trauma, lawatan dihadkan - Exco Kedah

Mangsa kemalangan membabitkan Perodua Alza dan bas yang dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) masih berada di bawah pemerhatian pakar di Hospital Baling.


5. Pemandu Myvi diserang sawan langgar empat pejalan kaki

Seorang lelaki dipercayai diserang sawan sebelum kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan hingga terbabas dan melanggar empat pejalan kaki di Kilometer (KM) 68, Jalan Kea Farm dekat Brinchang.


6. Razarudin sah tamat kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun ini

Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan akan menamatkan kontrak sebagai Ketua Polis Negara pada 22 Jun ini, selepas dua tahun memegang tampuk kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


7. GST belum sesuai dilaksana ketika ini, beri kesan kepada orang miskin - PM Anwar

Kerajaan belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerana ia akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan miskin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. PN gesa tangguh dulu subsidi bersasar, batal perluasan skop cukai perkhidmatan

PN menegaskan pelaksanaan hampir serentak perluasan skop cukai perkhidmatan, kenaikan tarif asas elektrik dan subsidi bersasar, bakal memberi tekanan berganda kepada rakyat


9. Presiden MA: Shahidan umum tarik diri saat akhir

Penyandang jawatan Presiden Olahraga Malaysia (MA) Datuk Seri Shahidan Kassim membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri daripada pemilihan pucuk pimpinan badan induk itu pada saat-saat akhir.


10. Pembatalan perlawanan tinju libatkan pempengaruh 'DMA Islam' wajar - Penganalisis sukan

Keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang membatalkan perlawanan tinju pempengaruh tanah air 'DMA Islam', dilihat wajar bagi memastikan persekitaran sukan negara kekal positif dan profesional.



#berita tempatan #berita utama #berita tumpuan #berita Malaysia #Berita AWANI