awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis minta bantuan jejak Nurul Amira Adriana hilang sejak 29 Mei

Sinar Harian
Sinar Harian
15/06/2025
03:40 MYT
Polis minta bantuan jejak Nurul Amira Adriana hilang sejak 29 Mei
Menurut polis, Nurul Amira Adriana, 16 tahun, berketinggian kira-kira 160cm, berkulit putih, berambut lurus dan berbadan kurus. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Jalan PJS 5/2, Taman Desaria, di sini sejak 29 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kehilangan Nurul Amira Adriana Muhammad Zaharie dilaporkan pada jam 4.16 petang semalam.
“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter, berkulit putih, berambut lurus dan berbadan kurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
“Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Irfan Emir di talian 016-5379507 bagi membantu siasatan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#Petaling Jaya
#Nurul Amira Adriana
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan