MALAYSIA
GST belum sesuai dilaksana ketika ini, beri kesan kepada orang miskin - PM Anwar

Anwar beramah mesra bersama warga TLDM ketika meninjau kerja-kerja pembinaan kapal tempur pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS) di Lumut Naval Shipyard (LUNAS) hari ini. --fotoBERNAMA
LUMUT: Kerajaan belum bersedia untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerana ia akan memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan miskin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan belum bersedia melaksanakan semula GST kerana ia akan membebankan semua lapisan masyarakat termasuk golongan miskin.
- Walaupun GST dianggap efisien, ia dikenakan secara sama rata tanpa mengira pendapatan, menyebabkan golongan berpendapatan rendah turut terkesan.
- Kerajaan memilih untuk menangguhkan pelaksanaan GST sehingga ekonomi pulih dan pendapatan rakyat meningkat, serta menasihatkan agar isu ini tidak dijadikan bahan politik.
"Tapi saya nak tanya, kalau enam peratus itu semua kena bayar, mengapa orang miskin, orang menganggur kena bayar?" kata beliau pada Majlis Penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak, di sini, hari ini.
Anwar berkata walaupun ada cadangan daripada pembangkang yang mengatakan bahawa GST lebih baik, kerajaan ketika ini mengambil pendirian untuk menangguhkannya kerana tidak mahu membebankan rakyat yang masih berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.
"Sebab itu kita kata belum bersedia GST ini. Kalau esok ekonomi kita dah meningkat, gaji minimum semua RM4,000 ke atas, cukailah GST pun. Jadi saya minta tangguh ini (GST), (jangan) dibuat jadi bahan politik," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami