[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 17/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Jun 2025.


1. Bekas Presiden MIC, G Palanivel meninggal dunia pada usia 76 tahun

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa.



2. Astro AWANI kekal jenama berita paling dipercayai lapan tahun berturut-turut

Astro AWANI berada di tangga pertama, dalam skor kebolehpercayaan dengan 66 peratus, diikuti RTM dan TV3.


3. Malaysia lonjak ke tangga 23 dunia dalam Daya Saing Global

Pencapaian ini adalah hasil langsung daripada pelaksanaan reformasi menyeluruh di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.


4. Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual

Muhammad Na’im Daniel Baharin membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, M. Kunasundary dalam prosiding tertutup pada Selasa.


5. Dua lelaki maut ditembak di depan pusat beli-belah

Suspek melarikan diri menaiki kereta Perodua Alza selepas melepaskan tembakan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


6. Warga emas tular seret anjing disahkan nyanyuk - Polis

Lelaki yang tular di media sosial kerana menyeret seekor anjing di belakang motosikal di Bandar Puteri Jaya dekat sini, Ahad lepas, disahkan sebagai warga emas berusia 82 tahun yang mengalami masalah nyanyuk dan mudah lupa.


7. Pembaharuan gaji boleh ringankan tekanan inflasi, kos sara hidup - BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata mengawal inflasi sahaja tidak mencukupi untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup, tetapi perlunya penekanan yang mendesak untuk pembaharuan struktur dalam menangani pertumbuhan gaji yang tidak berkembang dan memastikan pendapatan seiring dengan kenaikan harga


8. PM Anwar seru anjakan dasar sediakan Malaysia hadapi penduduk berumur panjang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru supaya berlaku anjakan paradigma dalam dasar awam, dengan menggesa negara agar tidak lagi melihat isu umur panjang sekadar satu trend demografi.


9. Keputusan STPM 2024 diumum pada 24 Jun - MPM

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan diumumkan pada Selasa depan (24 Jun), menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).


10. Penyanyi Sheqal meninggal dunia

Penyanyi era-90an, Sheqal meninggal dunia di usia 60 tahun akibat jangkitan kuman paru-paru pada jam 12.31 tengahari di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban, pada Selasa.






#berita pilihan #tempatan #kos sara hidup #Bank Negara Malaysia