awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPT pelbagaikan kaedah PdP, ketengah 'edutourism'
BISNES
Rundingan tarif AS: Malaysia harap dapat jalin kerjasama baharu
MALAYSIA
Model pendidikan tinggi Malaysia jadi rujukan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Keputusan STPM 2024 diumum pada 24 Jun - MPM

Bernama
Bernama
17/06/2025
09:41 MYT
Keputusan STPM 2024 diumum pada 24 Jun  - MPM
Seramai 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2024 di 670 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan diumumkan pada Selasa depan (24 Jun), menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Ringkasan AI
  • Keputusan STPM 2024 akan diumumkan pada Selasa, 24 Jun, melibatkan seramai 41,434 calon di 670 pusat peperiksaan seluruh negara.
  • Calon boleh menyemak keputusan melalui SMS dengan menaip STPM [No. KP] [Angka Giliran] ke 15888 bermula jam 11 pagi, atau secara dalam talian di laman rasmi MPM mulai jam 11.30 pagi pada hari yang sama.
  • Sistem semakan akan dibuka sehingga 4 Julai, dan MPM mengucapkan tahniah serta selamat maju jaya kepada semua calon yang terlibat.

MPM memaklumkan seramai 41,434 calon telah menduduki peperiksaan STPM 2024 di 670 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan seramai 22,852 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.
Menurut MPM, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui dua kaedah, iaitu menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip: STPM [jarak] No. Kad Pengenalan [jarak] Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan.
"Sistem ini akan diaktifkan bermula pukul 11 pagi pada 24 Jun sehingga 12 tengah hari pada 4 Julai," menurut kenyataan itu.
Selain itu, calon juga boleh mendapatkan slip keputusan penuh secara dalam talian melalui pautan https://stpm.mpm.edu.my/stpmK bermula pukul 11.30 pagi pada 24 Jun.
MPM turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keputusan STPM
#Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
#Majlis Peperiksaan Malaysia
#slip keputusan penuh
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami