MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 30/06/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Jun 2025.
1. Kerajaan terima kritikan SST, tapi biar berfakta - Anwar
Keputusan memperluaskan skop SST dibuat dengan teliti agar tidak membebankan majoriti rakyat.
2. Nukilan menyentuh hati Raja Zarith Sofiah sempena ulang tahun kelahiran Tunku Ismail
Dalam coretan penuh emosi itu, Baginda mengimbas kembali detik kelahiran putera sulungnya pada 1 Syawal, Hari Raya Aidilfitri.
3. Projek Kota MADANI bukan sekadar sedia kediaman, dirancang menyeluruh - PM Anwar
Projek itu merupakan satu langkah strategik kerajaan MADANI bagi menyelesaikan isu perumahan penjawat awam yang masih belum memiliki kediaman sendiri.
4. Rasuah lesen cari gali: Dua ADUN, seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah
Dua ADUN Sabah dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rasuah Khas atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini.
5. Tren pertama RTS Link hubungkan Johor Bahru dan Singapura diperkenal
RTS Link dijangka mula beroperasi pada 1 Januari 2027 dengan masa perjalanan hanya lima minit antara Stesen Bukit Chagar, Johor dan Stesen Woodlands North, Singapura.
6. Laporan siasatan letupan gas Putra Heights: Keadaan tanah lemah punca paip gas bocor
Keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca bagi insiden kebocoran dan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights April lalu.
7. Bekas pembantu tadbir dipenjara, pecah amanah wang khairat kematian peneroka Felda
Seorang bekas pembantu tadbir sebuah pejabat Felda dipenjara tiga bulan dan didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang khairat kematian melebihi RM41,000, tujuh tahun lepas.
8. Mohd Shuhaily dilantik Ketua Pengarah AKPS berkuat kuasa esok - KSN
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Kementerian Dalam Negeri bagi tempoh dua tahun mulai 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2027.
9. Isu PK Battle: MCMC minta TikTok beri penjelasan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bertemu pihak pengurusan TikTok bagi mendapatkan penjelasan susulan peningkatan kebimbangan para ibu bapa dengan trend Personal Knockout Battle, atau PK Battle, dalam kalangan golongan muda.
10. Wanita, anak perempuan ditemui meninggal dunia dalam rumah
Mayat seorang wanita tempatan dan anak perempuannya berusia dua tahun ditemui di sebuah apartmen di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang pada Isnin.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI