MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 09/07/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Julai 2025.


1. 'Saya rindukan walid, umi dan adik-adik tapi mereka sudah tiada' - Putri Qisya

“Saya rindukan walid, umi dan adik-adik... tapi mereka semua dah tiada.” Itu luahan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, satu-satunya anak yang terselamat dalam tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Jitra, yang meragut enam nyawa ahli keluarganya serentak.



2. PM Anwar bangkitkan isu tarif import dalam pertemuan dengan Rubio esok

Perdana Menteri mengesahkan isu tarif import 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan Presiden Donald Trump pada Selasa, akan dibangkitkan dalam pertemuannya dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, esok.


3. Penugasan doktor lokum di Jabatan Kecemasan HSI bermula malam tadi - Exco

Penugasan doktor lokum di Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru bermula malam tadi sebagai inisiatif segera Kerajaan Negeri Johor bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja dan jumlah pesakit yang banyak.


4. Tarif Trump: Tak kompromi dengan “garis merah”, kedaulatan negara - Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan terdapat beberapa “garis merah” yang tidak akan dikompromi dalam rundingan melibatkan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.


5. BNM turunkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus

Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.


6. Kes bunuh penuntut: Suspek utama, rakan serumah didakwa esok - Polis

Suspek utama dan teman wanitanya yang juga merupakan rakan serumah kepada mangsa, Maniishapriet Kaur akan didakwa esok atas pertuduhan membunuh penuntut universiti swasta itu.


7. Kes mahkamah libatkan PM Anwar boleh jejas kebebasan badan kehakiman - Muhyiddin

Keputusan Jabatan Peguam Negara menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan penglibatan Jawatankuasa Pilihan Parlimen dalam pelantikan hakim menimbulkan persoalan serius.


8. Fasa akhir RMK13 diperhalusi, fokus pembangunan desa - Ahmad Zahid

Fasa akhir perancangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sedang giat diperhalusi bagi memastikan agenda pembangunan desa terus diberikan perhatian dengan peruntukan sewajarnya, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


9. Letupan paip gas Putra Heights: Tiada pencerobohan pemaju, kontraktor - MB Selangor

Tidak berlaku sebarang pencerobohan melibatkan pemaju atau mana-mana kontraktor sehingga menyebabkan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas.


10. Penunggang basikal ada hak di jalan raya, polis diminta siasat ancaman - PKBM

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meminta polis menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ugutan serta ancaman kepada penunggang basikal sehingga ada hantaran di media sosial yang menghasut pengguna jalan raya supaya melanggar mereka secara sengaja.



#berita pilihan #tempatan #Bank Negara Malaysia #Peguam Negara