MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Julai 2025.
Proses pelantikan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu adalah sah dan menepati kehendak serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus tidak boleh dicabar di sisi undang-undang.
Kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak menyimpan hasrat untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 minggu lalu.
Bas yang terlibat nahas meragut nyawa 15 penuntut UPSI dalam kemalangan di jalan raya Timur-Barat, Gerik pada 9 Jun lalu disahkan dipandu dua kali ganda melebihi had laju ditetapkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pelantikan Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Ahmad Farid dilakukan mengikut prosedur sah dan tiada campur tangan luar.
Anwar menegaskan isu tersebut kini berada dalam bidang kuasa mahkamah dan beliau tidak boleh mendahului proses kehakiman yang sedang berjalan.
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2025 (DPT BLN6/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 16 Ogos ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Gabungan sayap pemuda parti politik menyerahkan satu memorandum bantahan terhadap pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan peguam dan aktivis Siti Kasim dibayar ganti rugi RM160,000 selepas membenarkan samannya terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), 15 pegawainya dan tujuh individu lain berhubung penangkapan salah serta penahanan secara tidak sah semasa majlis makan malam kutipan derma di sebuah hotel pada 2016.
Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula seorang artis legenda untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes serangan secara verbal terhadap penyanyi Shila Amzah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami