awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sedia bincang isu Titah Adendum dengan pimpinan UMNO

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2025
08:36 MYT
Anwar sedia bincang isu Titah Adendum dengan pimpinan UMNO
Anwar mengulas isu Titah Adendum yang dibangkitkan pimpinan UMNO ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14, Putrajaya. -Gambar Astro AWANI/Ikqwan Lee
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertemu dan memberi penjelasan kepada kepimpinan UMNO berhubung Titah Adendum melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Anwar menegaskan isu tersebut kini berada dalam bidang kuasa mahkamah dan beliau tidak boleh mendahului proses kehakiman yang sedang berjalan.
“Ramai Ketua Bahagian UMNO membangkitkan isu adendum dan meminta pertemuan dengan saya, serta menggesa agar pelaksanaannya dipercepatkan.
"Saya sudah maklumkan kepada Presiden, Timbalan Presiden dan kepimpinan UMNO bahawa saya sedia berbincang, memberi penjelasan atau mengambil langkah sewajarnya demi menjaga keharmonian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14, di sini.
Pada Khamis, seramai 145 Ketua Bahagian UMNO dari seluruh negara tampil mendesak perdana menteri supaya melaksanakan sepenuhnya Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, bagi membolehkan Najib menjalani hukuman penjara secara tahanan di rumah.
Mereka juga menegaskan bahawa tidak sepatutnya wujud sebarang alasan untuk terus menangguhkan pelaksanaan titah tersebut.
Topic Berkaitan
#Titah Adendum
#UMNO
#hukuman penjara Datuk Seri Najib Razak
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan