awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes pelajar meninggal dunia jatuh bangunan kini dalam siasatan polis - Fadhlina

Bernama
Bernama
18/07/2025
04:00 MYT
Kes pelajar meninggal dunia jatuh bangunan kini dalam siasatan polis - Fadhlina
Fadhlina meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi pada waktu ini yang mungkin boleh menggangu siasatan selain menghormati privasi keluarga. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Ringkasan AI
  • Seorang pelajar tingkatan satu dari SMA Tun Datu Mustafa Limauan, Sabah, meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga asrama; kes sedang disiasat oleh pihak polis.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan telah menziarahi keluarga mangsa serta menyalurkan bantuan termasuk sokongan psikososial.
  • Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyeru masyarakat agar tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga sementara menunggu hasil siasatan.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung kejadian melibatkan pelajar perempuan itu.
"Saya dan Pengurusan Tertinggi Kementerian telah menziarahi keluarganya di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.
"Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga itu termasuk dalam aspek sokongan psikososial," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Fadhlina meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi pada waktu ini yang mungkin boleh menggangu siasatan selain menghormati privasi keluarga.
"Tindakan sewajarnya akan diambil berdasar kepada hasil siasatan tersebut," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga berkenaan dan mendoakan mereka diberi kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian berat berkenaan.
Semalam pengguna Facebook menggunakan nama Dun Sindumin Sipitang memuat naik hantaran mengenai kejadian melibatkan pelajar malang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar tingkatan satu
#jatuh bangunan
#Fadhlina Sidek
#SMA Tun Datu Mustafa Limauan
#Sabah
#meninggal dunia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan