[TERKINI] Nahas Gerik: Bas Bawa Penuntut UPSI Dipandu Melebihi Had Laju Dua Kali Ganda – Semak Perincian MOT Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 18/07/2025 | 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Julai 2025.


1. Pelantikan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan sah ikut Perlembagaan - Shamrahayu

Proses pelantikan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu adalah sah dan menepati kehendak serta peruntukan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus tidak boleh dicabar di sisi undang-undang.



2. Kes pelajar meninggal dunia jatuh bangunan kini dalam siasatan polis - Fadhlina

Kejadian seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustafa Limauan di Sabah yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama kini dalam siasatan pihak polis, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


3. Dr Mahathir tiada niat jadi Perdana Menteri buat kali ketiga

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak menyimpan hasrat untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 minggu lalu.


4. Laporan awal dedah bas bawa penuntut UPSI dipandu dua kali ganda had laju ketika nahas

Bas yang terlibat nahas meragut nyawa 15 penuntut UPSI dalam kemalangan di jalan raya Timur-Barat, Gerik pada 9 Jun lalu disahkan dipandu dua kali ganda melebihi had laju ditetapkan.


5. Pelantikan Ketua Hakim Negara: PM tegas prosedur sah, minta tamat fitnah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pelantikan Ketua Hakim Negara baharu, Datuk Wan Ahmad Farid dilakukan mengikut prosedur sah dan tiada campur tangan luar.


6. Anwar sedia bincang isu Titah Adendum dengan pimpinan UMNO

Anwar menegaskan isu tersebut kini berada dalam bidang kuasa mahkamah dan beliau tidak boleh mendahului proses kehakiman yang sedang berjalan.


7. Semakan Daftar Pemilih Tambahan Jun 2025 dibuka hingga 16 Ogos - SPR

Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2025 (DPT BLN6/2025) boleh dibuat dalam tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 16 Ogos ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


8. Demonstrasi anjuran Pemuda PH bantah Nick Adams jadi calon Duta AS ke Malaysia

Gabungan sayap pemuda parti politik menyerahkan satu memorandum bantahan terhadap pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.


9. Siti Kasim terima ganti rugi RM160,000

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan peguam dan aktivis Siti Kasim dibayar ganti rugi RM160,000 selepas membenarkan samannya terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), 15 pegawainya dan tujuh individu lain berhubung penangkapan salah serta penahanan secara tidak sah semasa majlis makan malam kutipan derma di sebuah hotel pada 2016.


10. Kes Shila Amzah: Polis mungkin panggil semula artis legenda

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula seorang artis legenda untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes serangan secara verbal terhadap penyanyi Shila Amzah.










#berita pilihan #tempatan #Titah Adendum #Suruhanjaya Pilihan Raya