MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 Julai 2025.
1. Merayakan Demokrasi: Himpunan Turun Anwar cerminan kematangan demokrasi - KEADILAN
Pihak pembangkang dan penyokongnya dibenarkan berhimpun secara aman di ibu kota tanpa gangguan, tanpa kekerasan.
2. Harga petrol RM1.99 untuk rakyat Malaysia, bukan warga asing
Langkah itu penting bagi memastikan subsidi kerajaan yang besar hanya dinikmati oleh rakyat tempatan,
3. Latihan bahasa, etika pemanduan pemandu teksi sedang dirancang - Anthony Loke
Inisiatif itu penting bagi memastikan industri teksi terus relevan dan berdaya saing, selain mencerminkan imej negara kepada pelancong.
4. Ayuh Malaysia 2025 jamin kebajikan ekonomi, sosial masyarakat - Rafizi
Tujuh jenis perusahaan sosial diperkenalkan dan dijangka beroperasi bermula September tahun ini menerusi gerakan Ayuh Malaysia 2025 bagi menjamin kebajikan ekonomi serta sosial masyarakat.
5. Lebih ramai dapat manfaat Jualan Rahmah termasuk penduduk luar bandar - Ahmad Zahid
Peruntukan tambahan RM300 juta untuk program Jualan Rahmah MADANI membuka peluang kepada lebih ramai masyarakat memiliki barangan dengan harga rendah termasuk penduduk di kawasan luar bandar.
6. KPDN tambah baik ekosistem pengurusan royalti karyawan muzik - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat menambah baik ekosistem pengurusan royalti di negara ini bagi memastikan rezeki daripada karya bakat terus dinikmati oleh karyawan muzik.
7. Kanak-kanak 6 tahun cipta rekod kenal pasti 65 mata wang dalam tempoh seminit
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, D Devakshean, mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang pelbagai negara dalam tempoh satu minit, sekali gus melayakkan namanya disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
8. KDN tunggu laporan penuh kes ‘pasport terbang’ - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu laporan penuh berhubung siasatan kes pegawai penguat kuasa yang disyaki bersubahat dalam kegiatan 'pasport terbang' ketika bertugas di kaunter sempadan negara.
9. Nilai usaha kerajaan berlandaskan fakta, bukan sentimen politik - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat menilai usaha dan dasar kerajaan berdasarkan fakta dan bukan dipengaruhi sentimen politik.
10. Ahli PKR perlu berusaha laku perubahan dengan sedaya upaya - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus berpegang pada seruan islah mastata'tum, iaitu berusaha melakukan perubahan dengan sedaya upaya.