[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Bukit Aman Ambil Alih Siasatan – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 11/08/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Ogos 2025.


1. Kes Zara Qairina: Peguam nafi campur tangan politik, minta henti spekulasi

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan wujud campur tangan politik atau kehadiran mana-mana individu berpangkat tinggi (VVIP) dalam kes kematian pelajar Tingkatan Satu itu.



2. Shahlan bertahan 8 jam saksikan forensik bongkar kebenaran kematian Zara Qairina

Selama lapan jam di bilik bedah siasat, peguam Shahlan Jufri menjadi saksi kepada kerja teliti pasukan pakar forensik yang berusaha mencari kebenaran di sebalik kematian Zara Qairina Mahathir, di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada Ahad.


3. STR Fasa 3 diagih mulai 12 Ogos ini - MOF

Sejumlah 8.6 juta rakyat Malaysia akan menerima pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai 12 Ogos ini, dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi meringankan beban kos sara hidup isi rumah berpendapatan rendah.


4. KPM laksana beberapa langkah penting pastikan isu keselamatan di sekolah terpelihara

Audit keselamatan akan dijalankan KPM di semua institusi pendidikan termasuk SBP dan asrama harian, dengan fokus kepada pematuhan SOP.


5. Kematian bayi lelaki di Manir ada unsur penderaan - Polis Terengganu

Polis mengesahkan terdapat unsur penderaan dalam kes kematian melibatkan bayi lelaki berusia setahun 11 bulan di Kampung Banggol, Manir di sini pada Sabtu lepas.


6. Kes eHati: Polis tunggu laporan pakar, 95 individu sudah dipanggil beri keterangan

Polis Selangor masih menunggu laporan pakar daripada agensi berkaitan berhubung barang kes yang dirampas dalam siasatan program motivasi rumah tangga, eHati.


7. Tiada rancangan penggabungan LHDN-JKDM - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keputusan atau perancangan untuk melaksanakan Single Tax Agency (STA) buat masa ini menerusi penggabungan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).


8. Kes Zara Qairina: JSJ Bukit Aman ambil alih kes

Pasukan task force dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kini mengambil alih siasatan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di Sabah.


9. Bendera terbalik: TPR semak kertas siasatan, rujuk ke Putrajaya

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Pulau Pinang sedang menyemak kertas siasatan berhubung kejadian Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di hadapan sebuah kedai perkakasan di Jalan Bertam Perdana, di sini.


10. PEMADAM gesa larangan penuh vape putuskan rantaian dadah sintetik

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kebangsaan akan mengemukakan usul kepada kerajaan untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan rokok elektronik atau vape termasuk penjualan secara dalam talian bagi memutuskan rantaian penularan dadah sintetik di negara ini.




#berita pilihan #tempatan #Jalur Gemilang #kos sara hidup