awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Kelantan rampas rokok seludup bernilai hampir RM1 juta
Kapal persiaran bawa lebih 120 penumpang terdampar di terumbu karang Papua New Guinea
Warga emas maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes eHati: Polis tunggu laporan pakar, 95 individu sudah dipanggil beri keterangan

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
11/08/2025
10:08 MYT
Kes eHati: Polis tunggu laporan pakar, 95 individu sudah dipanggil beri keterangan
Shazeli bercakap ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SEPANG : Polis Selangor masih menunggu laporan pakar daripada agensi berkaitan berhubung barang kes yang dirampas dalam siasatan program motivasi rumah tangga, eHati.

Ringkasan AI
  • Barang seperti air piya, serbuk koko dan peranti telekomunikasi sedang dianalisis oleh agensi berkaitan, termasuk Jabatan Kimia Malaysia.
  • Polis telah merujuk kertas siasatan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri dan menerima arahan lanjut untuk tindakan susulan.
  • Segmen Queens Night dan Rebirth didapati mengandungi adegan bogel serta unsur lucah, dengan bayaran pakej antara RM6,000 hingga RM9,000.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini pihaknya telah merakam 95 keterangan melibatkan individu yang bekerja dengan penganjur, peserta program serta kakitangan pusat konvensyen lokasi acara berlangsung.
Beliau berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri dan beberapa arahan telah dikeluarkan bagi meneruskan siasatan.
“Kami masih menunggu laporan pakar daripada agensi-agensi yang menerima barang kes untuk dianalisis,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini hari ini.
Mengulas mengenai kandungan ‘air piya’ yang digunakan semasa program, Shazeli menjelaskan bahawa barang tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia dan laporan masih belum diterima, bergantung kepada tahap kompleksiti analisis.
“Antara barang yang dirampas adalah serbuk koko dan juga pelbagai barangan dirampas termasuk peranti telekomunikasi,” tambahnya.
Pada Julai lalu, Polis Selangor mengesahkan wujud adegan bogel dalam program motivasi tersebut yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam.
Siasatan mendapati adegan itu sebahagian daripada acara ‘Queens Night’ yang bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah, selain aktiviti ‘Rebirth’ yang kononnya bertujuan meningkatkan motivasi diri.
Turut didapati, penganjur menawarkan dua pakej program iaitu Pakej A berharga RM6,000 dan Pakej B berharga RM9,000.
Topic Berkaitan
#program motivasi
#eHATI
#Queens Night
#Air Piya
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan