awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada rancangan penggabungan LHDN-JKDM - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2025
11:22 MYT
Tiada rancangan penggabungan LHDN-JKDM - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan perkembangan tentang tadbir urus sistem percukaian negara ketika persidangan Dewan Rakyat. -Foto fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keputusan atau perancangan untuk melaksanakan Single Tax Agency (STA) buat masa ini menerusi penggabungan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Bagaimanapun tegasnya, kerajaan komited memperkukuh tadbir urus sistem percukaian negara agar lebih cekap, telus dan mesra pematuhan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Menurutnya, penekanan dibuat untuk mengurangkan ketirisan hasil melalui peningkatan kerjasama antara LHDN dan JKDM, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat serta penguatkuasaan.
“Antara inisiatif terkini adalah pelaksanaan e-invoicing yang diterajui LHDN, namun data transaksi akan turut dikongsi bersama JKDM bagi meningkatkan keberkesanan pemantauan,” ujarnya.
Selain itu, kedua-dua agensi berkenaan turut bekerjasama dalam operasi penguatkuasaan melibatkan penyeludupan rokok, seiring usaha membanteras aktiviti yang menjejaskan hasil negara.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang menjelaskan berhubung soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan merancang melaksanakan STA melalui penggabungan JKDM dan LHDN atau menyelaras sistem percukaian negara di bawah National Single Window (NSW).
Topic Berkaitan
#LHDN
#JKDM
#Datuk Seri Anwar Ibrahim
#tadbir urus sistem percukaian negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan