MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 Ogos 2025.
1. Titah Adendum: Mahkamah Persekutuan sebulat suara tolak rayuan Peguam Negara
Semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak berkaitan kewujudan Titah Adendum akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Demikian diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.
2. Tiada unsur penderaan dikesan dalam kes kematian pelatih Palapes - Menteri Pertahanan
Kementerian Pertahanan mendapati tiada sebarang unsur penderaan dalam kes kematian pelatih kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia, Syamsul Haris Shamsudin, 22, seperti didakwa sebelum ini.
3. LHDN boleh sekat perjalanan ke luar negara jika gagal bayar cukai
Kegagalan membayar cukai boleh menghalang seseorang daripada ke luar negara, kata Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pungutan Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Azaharuddin Mohd Ali.
4. ‘Langkah Kinabalu’ pengkhianatan terbesar kepada rakyat Sabah – ADUN Kunak
Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak, Norazlinah Arif, menyifatkan percubaan menjatuhkan pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi ‘Langkah Kinabalu’ sebagai pengkhianatan terbesar kepada rakyat negeri itu.
5. Pengetua, PK HEM dan Warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan di JPN Sabah
Kementerian Pendidikan mengambil langkah menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha ke Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
6. Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan penuh sekali lagi
Pasukan guaman kepada Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan permohonan pengampunan penuh baharu terhadap bekas Perdana Menteri itu.
7. Penganggur didakwa bunuh bapa kandung
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya di sebuah rumah di sini pada 6 Ogos lepas.
8. Kes Zara Qairina: Pegawai penyiasat didapati tak patuh SOP, tak mohon bedah siasat – Pengarah JSJ
Wujud unsur ketidakpatuhan prosedur operasi standard oleh Pegawai Penyiasat PDRM berhubung kes kematian pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
9. 'Anak saya ditarik secara tiba-tiba, dicucuk dengan jarum suntikan' - Rafizi
Anak kepada bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa.
10. 229 pelawat asing tidak dibenarkan memasuki negara di KLIA - AKPS
Sebanyak 229 pelawat asing dari pelbagai negara dikenakan Notis Penolakan Masuk (NTL) oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Selasa.