MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Ogos 2025.
1. Slogan ‘Selamatkan Sabah’ dipersoal bekas pemimpin Warisan, dakwa hanya retorik
Slogan baharu Parti Warisan Sabah, “Selamatkan Sabah”, menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang dipersoalkan oleh dua bekas pemimpinnya yang mendakwa ia tidak lebih daripada retorik politik tanpa asas kukuh.
2. Pelakon maut kemalangan berhampiran LRT UiTM Shah Alam, keluarga cari rakaman dashcam
Keluarga pelakon dan penyanyi, Parvin Nair Surendran yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 9.9 Lebuhraya Persekutuan, pada 7 Ogos lalu, merayu pengguna jalan raya yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) supaya tampil membantu siasatan.
3. Ibu Allahyarham Syamsul Haris mohon perintah kubur anak digali semula
Ibu kepada Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor memfailkan notis usul bagi memohon perintah untuk menggali semula kubur anak lelakinya untuk menjalankan bedah siasat kedua.
4. Najib khianati kepercayaan awam, SRC International mahu RM42 juta dikembalikan - Peguam
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengkhianati kepercayaan awam dengan menyalahgunakan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, yang sepatutnya digunakan untuk menjamin masa depan tenaga dan manfaat pesara perkhidmatan awam di negara ini.
5. Hannah fail notis bankrap terhadap pensyarah Kamarul Zaman
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, memfailkan notis kebankrapan terhadap pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff selepas gagal membayar ganti rugi RM400,000 berhubung kes fitnah lapan tahun lepas.
6. Rafizi tegaskan tidak akan berhenti, tetap laksana tanggungjawab
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan beliau tidak akan membiarkan ugutan dan serangan terhadap keluarganya mematahkan semangat atau menghentikan tugasnya sebagai wakil rakyat.
7. Pihak tertentu ambil kesempatan isu Zara Qairina, Jalur Gemilang untuk hangatkan suhu politik - PM Anwar
Perdana Menteri berkata, ada pihak tertentu mengambil kesempatan memainkan isu membabitkan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir dan Jalur Gemilang, untuk menghangatkan suhu politik di Malaysia.
8. Papar Jalur Gemilang secara tidak wajar boleh dikenakan tindakan undang-undang - AGC
Sebarang kesalahan berkaitan pemasangan atau pemaparan Jalur Gemilang secara tidak wajar yang menimbulkan kekeliruan, salah faham atau kegusaran awam boleh dikenakan tindakan undang-undang.
9. 'Ada pengumuman jauh lebih penting, Oktober ini', kata PM
"Ada pengumuman jauh lebih penting, itu pada hari belanjawan Oktober nanti, Insya-Allah," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. Polis siasat video tular libatkan Facebook atas nama Akmal Salleh
Polis kini menjalankan siasatan berhubung satu video tular melalui platform Facebook atas nama Akmal Salleh yang dikatakan mengeluarkan kenyataan boleh dikategorikan sebagai hate content.