MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 20/08/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Ogos 2025.


1. Bayar kompaun RM4.1 juta, Adam Radlan bebas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa selepas membayar kompaun RM4.1 juta.



2. Lima remaja didakwa guna perkataan mencela terhadap Zara Qairina

Lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak di Kota Kinabalu hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap seorang pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir, bulan lepas.


3. Ketua Armada Bersatu mengaku tidak bersalah timbulkan kegentaran awam

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini, atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam melalui satu kenyataan yang dimuat naik ke akaun TikTok bulan lalu.


4. Keadilan mesti berlandaskan undang-undang, bukan media sosial - Saifuddin Nasution

Setiap usaha menegakkan keadilan berhubung kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir seharusnya berasaskan hukum dan lunas undang-undang, bukannya berpandukan platform media sosial semata.


5. Skandal diteliti tiada kaitan dengan Ismail Sabri atau KJ - Rafizi

Datuk Seri Rafizi Ramli berkata skandal yang sedang beliau teliti tiada kaitan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mahupun bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.


6. Kes Zara Qairina: 'Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP - Ram Singh

Peguam mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berkaitan kes Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak mendedahkan bahawa pembelaan yang dilakukan adalah secara pro bono.


7. Eda Ezrin trauma jejak kaki ke Thailand

Dia mendedahkan trauma untuk menjejakkan kaki ke Thailand selepas berdepan detik hitam apabila ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat sebelum ini.


8. Counter-setting: Dua pegawai Imigresen KLIA ditahan bantu siasatan kes rasuah RM400,000

Dua pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang direman bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM400,000 untuk membenarkan warga asing dibawa masuk tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di pintu masuk negara.


9. Kenaikan tarif air di Kedah tidak bebankan pengguna - MB Kedah

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kenaikan kadar tarif air yang berkuat kuasa mulai 1 Ogos lepas tidak akan membebankan rakyat Kedah.


10. Kes serangan anak Rafizi kes berprofil tinggi ke-10 belum selesai

Insiden serangan ke atas anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya minggu lalu merupakan kes berprofil tinggi ke-10 berkaitan keganasan atau intimidasi yang masih belum diselesaikan sejak November 2022.



#berita tempatan #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI