awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga PPS masih aktif, jumlah mangsa menurun di Sarawak
Presiden Abbas harap 2026 bawa kemajuan penyelesaian konflik Palestin
Hala tuju UMNO, persediaan PRU16 dijangka fokus utama ucapan dasar Presiden - Razlan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 remaja didapati bersalah bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu di asrama

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2025
03:45 MYT
13 remaja didapati bersalah bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu di asrama
Keputusan dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. - Gambar fail
TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau hari ini memutuskan 13 pelajar lelaki Kolej Vokasional Lahad Datu bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, dalam kejadian di asrama kolej berkenaan tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan 13 pelajar lelaki berusia 16 hingga 19 tahun bersalah membunuh rakan mereka, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, dalam kejadian di bilik asrama kolej pada Mac tahun lalu.
  • Keputusan dibuat selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie. Hukuman ditangguhkan sehingga 28 Ogos bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat jika sabit kesalahan.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh yang berusia antara 16 hingga 19 tahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abdul Latif bersama TPR Ng Jhun Tao.
Kesemua tertuduh diwakili peguam daripada beberapa firma termasuk Ram Singh Harbans & Co, LCZ Law Firm (Sandakan), Johari, Zelika & Amin (Tawau), Vivian Thien & Associates, Kang Advocates, Kusni & Komariah, serta Chang & Kamarudin.
Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga 28 Ogos depan sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Mengikut pertuduhan, kesemua pelajar itu didakwa bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#kes buli
#kolej vokasional
#Mohamad Nazmie Aizzat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan