MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 Ogos 2025.
Mahkamah Tinggi Alor Setar memerintahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk membayar membayar ganti rugi am berjumlah RM600,000 dan kos RM70,000 bagi saman fitnah terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pada Ahad.
Gempa bumi lemah gegar Segamat, Johor
2. Satu gegaran gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di kawasan Segamat, Johor pada awal pagi Ahad.
Lembaga Tabung Haji (TH), institusi pengurusan haji komprehensif negara menegaskan bahawa pengurusan operasinya ditadbir urus dan dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan pengurusan bumiputera Muslim.
Kerajaan Malaysia telah menyuarakan bantahan awal terhadap tindakan TikTok melantik seorang bekas jurulatih Pasukan Pertahanan Israel (IDF), untuk bekerja di pejabat mereka di New York.
Zii Jia mendedahkan bahawa beliau melalui situasi 'sedikit kemurungan' sepanjang tempoh lima bulan tidak turun ke gelanggang susulan kecederaan dan ketidaktentuan mengenai kariernya.
Tindakan MyBurgerLab menamatkan perkhidmatan ketua pegawai operasinya kerana membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti agama wajar dijadikan pengajaran semua pihak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan dana bantuan berjumlah RM100 juta untuk Gaza.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menyeru agar suara dan pandangan wanita Malaysia diiktiraf dan mereka mengambil bahagian sepenuhnya dalam penggubalan dasar.
Ribuan warga masyarakat mula membanjiri Dataran Merdeka untuk menyatakan solidariti ke atas warga Gaza di Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza pada Ahad.
Anak kepada seorang bekas Perdana Menteri ditahan selepas polis menemukan dadah jenis heroin dalam kereta mewah yang dipandunya di Damansara, awal pagi Ahad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami