awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan kontroversi MyBurgerLab pengajaran - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
24/08/2025
09:01 MYT
Jadikan kontroversi MyBurgerLab pengajaran - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menjawab pertanyaan media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Tahun 2025 hari ini. - Foto Bernama
TAIPING: Tindakan MyBurgerLab menamatkan perkhidmatan ketua pegawai operasinya, Andrew Chong kerana membuat kenyataan kontroversi yang menyentuh sensitiviti agama wajar dijadikan pengajaran kepada semua pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ringkasan AI
  • Menteri Dalam Negeri menyokong tindakan MyBurgerLab menamatkan perkhidmatan Andrew Chong susulan kenyataan kontroversi menyentuh sensitiviti agama, dan menekankan pentingnya menjaga tanggungjawab sosial dalam masyarakat majmuk.
  • Penganjur konvoi diingatkan agar beri taklimat keselamatan kepada peserta dan bekerjasama dengan polis bagi mengelak insiden tidak diingini.
  • Program konvoi motosikal di Terengganu menjadi tumpuan selepas berlaku kemalangan maut, mendorong seruan agar hobi seperti ini dikawal dengan lebih ketat.

Beliau berkata insiden berkenaan menunjukkan betapa pentingnya semua pihak memelihara tanggungjawab sosial dan sensitiviti dalam masyarakat majmuk di negara ini.
"Ini menunjukkkan mereka (MyBurgerLab) mengambil berat, mengambil serius dan bertindak. Pengajarannya, di negara kita ini ada fabrik sosial yang telah lama wujud, membolehkan kita hidup dengan aman damai," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution mengingatkan penganjur konvoi agar memberikan taklimat mengenai pematuhan undang-undang jalan raya seperti had laju dan jarak selamat kepada peserta selain bekerjasama dengan polis bagi mengelak kejadian tidak diingini.
"Konvoi itu satu hobi perlu digalakkan, tetapi mesti mematuhi garis panduan keselamatan. Jangan sampai menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya lain apatah lagi yang melibatkan nyawa," katanya.
Beliau mengulas mengenai penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu semalam yang mengundang perhatian ramai selepas berlaku kemalangan maut melibatkan peserta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#myBurgerLab
#pecat COO
#Andrew Chong
#sensitiviti agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan