MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 September 2025.
1. Ketua UMNO Padang Serai buat laporan polis akaun TikTok palsu guna teknologi AI
Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Datuk Asmadi Abu Talib membuat laporan polis selepas mendapati dua akaun TikTok palsu menggunakan nama, gambar serta mencipta suara penyamaran menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tanpa kebenarannya.
2. 'Satu daerah, satu tabika khusus autisme menjelang 2027' - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan untuk membangunkan sebuah tabika khas bagi kanak-kanak autisme di setiap daerah menjelang tahun 2027.
3. Kejayaan Tang Jie-Ee Wei, Pearly-Thinaah bukti pelaburan RTG berkesan
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan kejayaan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang masing-masing meraih pingat emas dan perak pada Kejohanan Dunia membuktikan keberkesanan program Road To Gold (RTG).
4. Bersatu jangka PRU16 tahun depan, PAT ke-8 jadi medan penting
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan diadakan pada tahun hadapan, kemungkinan serentak dengan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN).
5. Mahkamah Tinggi batal keputusan Koroner dalam inkues Zara Qairina
Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Koroner Azreena Aziz yang membenarkan peguam lima remaja terlibat dalam kes buli Zara Qairina menjadi pihak berkepentingan dalam inkues.
6. Isu berita palsu: TikTok dipanggil Bukit Aman Khamis - Fahmi
Pihak pengurusan TikTok akan dipanggil ke Bukit Aman Khamis ini bagi memberi penjelasan berhubung isu penyebaran berita palsu dan keselamatan dalam talian.
7. Polisi ekonomi Malaysia jelas, punyai kepercayaan tinggi negara serantau – PM Anwar
Malaysia mempunyai polisi ekonomi yang jelas, sama ada ia melibatkan strategi semikonduktor, peta jalan kecerdasan buatan (AI), ataupun pelan induk melibatkan pembangunan industri.
8. RUU Perolehan: Kuasa menteri terlalu besar, risiko ‘halal’ proses tidak telus
Hasrat kerajaan memperkukuh tadbir urus melalui Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan dianggap langkah positif, namun draf semasa dikhuatiri masih membuka ruang penyalahgunaan kuasa dan berpotensi mengulangi skandal besar.
9. SARA: MoF beri jaminan penambahbaikan sistem tampung lonjakan
Kementerian Kewangan (MoF) memberi jaminan penambahbaikan harian akan terus dilakukan bagi memastikan sistem pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mampu menampung peningkatan jumlah pengguna terutama pada cuti hujung minggu panjang dan menjelang sambutan Hari Malaysia.
10. “Saya tidak pernah terima wang suapan RM2.8 juta” - Bung Moktar
Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar, 65, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa beliau tidak pernah menerima apa-apa wang suapan berjumlah RM2.8 juta daripada dua ejen pelaburan berhubung pelaburan sebanyak RM150 juta yang dibuat oleh Felcra Berhad.