[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 12/09/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 September 2025.


1. “Sampai masanya, Pas akan jadi Perdana Menteri” - Ketua Dewan Ulamak

Parti Islam Malaysia (Pas) menegaskan, keutamaan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) adalah memastikan kemenangan, bukannya menamakan siapa calon Perdana Menteri ke-11.



2. Lelaki, wanita ditemukan maut dipercayai dibunuh di Guar Chempedak

Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, Guar Chempedak, dekat Yan, malam tadi.


3. [LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari ketujuh

Mahkamah Koroner mendengar keterangan pengawal keselamatan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Linah Mansoding @ Jaliha berhubung kejadian membabitkan kematian Zara Qairina Mahathir di asrama sekolah itu pada 16 Julai lalu.


4. PRN Sabah: Isu pembangunan ekonomi, MA63 jadi isu tumpuan

Pembangunan ekonomi dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijangka menjadi isu tumpuan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan diadakan pada bila-bila masa, kata Felow Penyelidik ILHAM Centre Mujibu Abdul Muis.


5. Tangguhkan pengosongan, Jawatankuasa Penduduk Kampung Sungai Baru mahu berunding dengan kerajaan

Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan wakil kerajaan berhubung isu pengosongan rumah di kawasan berkenaan, seperti yang dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


6. PM gesa kerjasama pro bono antara industri semikonduktor, universiti

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pemain industri semikonduktor untuk menjalin kerjasama secara pro bono dengan universiti di seluruh negara, dalam usaha membangunkan kepakaran tempatan dan modal insan dalam sektor berteknologi tinggi.


7. Kampung Sungai Baru: Identiti Melayu dijamin kekal, penduduk terima bantuan sementara - Dr Zaliha

Kerajaan memberi jaminan identiti Kampung Sungai Baru sebagai penempatan Melayu akan dikekalkan meskipun kawasan itu sedang melalui proses pembangunan semula.


8. “Bila kami dapat pampasan RM3.8 juta?” - Penduduk Kampung Sungai Baru minta semak fakta

Jawatankuasa Hak Penduduk Kampung Sungai Baru menafikan dakwaan kononnya pemilik rumah di kawasan terlibat menerima pampasan sehingga mencecah RM3.8 juta seperti digembar-gemburkan segelintir pihak.


9. MA63: Kerajaan MADANI komited capai persetujuan dengan Sabah, Sarawak - PM Anwar

Kerajaan Persekutuan akan terus membuka ruang perbincangan dengan kedua-dua Kerajaan Sarawak dan Sabah, tentang Perjanjian Malaysia 1963.


10. PM setuju pertimbang pertambahan kerusi Parlimen di Sabah, Sarawak - TPM Fadillah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsip untuk mempertimbangkan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak, namun tertakluk rundingan lanjut dan kajian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



#berita pilihan #tempatan #Perjanjian Malaysia 1963 #Zara Qairina Mahathir