MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 September 2025.
1. Hak Melayu, Islam mesti dipertahankan, namun jangan nafi hak kaum lain - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perpaduan di negara ini akan terjamin jika hak majoriti Melayu dan Islam dipertahankan tanpa menafikan hak kaum lain yang juga merupakan warganegara Malaysia.
2. Tujuh suspek ditahan kes kekecohan di Kampung Sungai Baru
Polis menahan tujuh suspek berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru, Khamis lepas.
3. Pembangunan negara maju perlu berteraskan nilai kemanusiaan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pembangunan sebuah negara maju perlu berteraskan nilai kemanusiaan seperti akhlak, disiplin serta semangat ihsan.
4. Inkues belum selesai, henti perhimpunan, elak subjudis - Peguam keluarga Zara Qairina
Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, meminta semua bentuk perhimpunan aman berkait isu kematian pelajar Tingkatan Satu itu ditangguhkan sementara hingga prosiding inkues kematian kes itu selesai.
5. Henti desakan melampau isu kemasukan pelajar ke universiti - Zambry
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyeru semua pihak agar menghentikan desakan melampau berkaitan isu kemasukan ke universiti menerusi sistem UPUOnline kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan.
6. SPRM bongkar kes suami isteri pegawai penguat kuasa guna duit rasuah buka kedai emas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan sepasang suami isteri, yang juga pegawai penguat kuasa membuka sebuah kedai emas disyaki hasil rasuah.
7. Hargai keamanan, ambil iktibar insiden rusuhan, peperangan di luar negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh lapisan rakyat supaya sentiasa menghargai nikmat keamanan serta perpaduan yang dikecapi di negara ini selama ini.
8. PM Anwar ulangi jaminan harga RON95 turun kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi jaminan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini, sekali gus menunaikan janji Kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat.
9. Rafizi dedah diugut video lucah palsu, tuntut RM470,000
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mendedahkan beliau menjadi sasaran cubaan pemerasan melalui video lucah palsu yang dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), dengan tuntutan bayaran mencecah RM470,000.
10. Kes Ismail Sabri: Peguam Negara sahkan terima laporan SPRM, sedang teliti untuk tindakan lanjut
Jabatan Peguam Negara sedang meneliti laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelucutan hak wang tunai lebih RM169 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi tindakan lanjut.