MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 September 2025.
1. Inkues Zara Qairina: Ram Singh buat laporan polis kebocoran maklumat saksi
Peguam, Datuk Ram Singh membuat laporan polis susulan kebocoran maklumat salah seorang remaja yang diwakilinya sebagai saksi dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir yang tular di media sosial.
2. MOT sediakan RM3.5 juta untuk lindung kendiri, guna hasil jualan bidaan NPI - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) memperuntukkan RM3.5 juta untuk inisiatif Skim Perlindungan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (LINDUNG Kendiri) pada tahun ini yang memberi manfaat kepada 50,000 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara.
3. Varian XFG COVID-19: Tiada kebimbangan besar, KKM pantau rapi - Dr Dzulkelfly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menjalankan pemantauan rapi terhadap penularan varian baharu COVID-19, dikenali sebagai XFG, meskipun negara kini berada dalam fasa endemik.
4. Proses tender LRT Pulau Pinang masih berjalan, tiada perubahan spesifikasi - Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan bahawa kontraktor yang terlibat dalam projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara diarah menyemak semula spesifikasi sistem tren elektrik (ET) kepada saiz yang lebih kecil.
5. Inkues Zara Qairina: Polis sahkan terima laporan kebocoran maklumat saksi pelajar
Polis mengesahkan menerima laporan pada Jumaat berhubung kebocoran maklumat melibatkan seorang saksi bawah umur dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
6. Paip gas bocor di tapak ECRL, polis tutup jalan utama Kerteh-Ranggon
Polis menutup laluan utama Kerteh-Ranggon kepada semua kenderaan susulan kebocoran paip gas Petronas Berhad (PGB) di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Seksyen 5, Kerteh, pada Sabtu.
7. JPJ beri peringatan, 2.3 juta pemegang lesen memandu status tidak aktif
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, sama ada telah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun.
8. PTPTN salur RM41.5 juta wang pendahuluan pinjaman, bantu 27,674 pelajar
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada 27,674 pelajar Ijazah Sarjana Muda yang memasuki Universiti Awam (UA) dan Politeknik bagi sesi Oktober ini, melibatkan peruntukan RM41.5 juta.
9. Skim Strata Bebas Kenderaan Usang, tangani lambakan kereta buruk di perumahan
Pulau Pinang menjadi negeri pertama memperkenalkan program 'Skim Strata Bebas Kenderaan Usang' bagi menangani isu lambakan kenderaan terbiar di kawasan perumahan strata.
10. Skuad Sukarelawan BN Sabah bantu mangsa bencana tanpa kira parti politik - Zahid
Skuad Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Sabah dilancarkan bagi membantu mangsa yang terjejas dengan bencana alam di seluruh negeri itu.