MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 September 2025.
1. [LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina: Perkembangan hari ke-13
Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memasuki hari ke-13 pada Rabu dengan sambungan keterangan daripada saksi pelajar kedua pada sesi pagi.
2. Malaysia bukan markas Hamas, sokongan terhadap Palestin atas nilai kemanusiaan - KPN
Polis Diraja Malaysia menolak dakwaan bekas penganalisis kewangan keganasan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat Jonathan Schanzer, yang mendakwa Malaysia dijadikan pangkalan kepimpinan Hamas.
3. Papagomo diperintah bela diri kes hasut, timbul kebencian terhadap Agong
Penulis blog, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 42, diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menghasut dengan niat menimbulkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, tahun lalu.
4. GSF berdepan intimidasi dron, letupan di Laut Mediterranean
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla berdepan cubaan intimidasi apabila lebih 15 dron dilaporkan berlegar rendah di atas bot Alma serta beberapa kapal pengiring di Laut Mediterranean.
5. Timbalan pendakwa raya SPRM ditahan polis kerana memiliki dadah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan seorang Timbalan Pendakwa Raya yang baru melaporkan diri minggu lepas, ditahan polis semalam kerana memiliki dadah.
6. 2.4 juta rakyat Malaysia tidak layak terima BUDI95 - Loke
Sejumlah 2.4 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) hilang kelayakan menerima Bantuan Budi Madani RON95 (BUDI95) susulan status lesen mereka terbatal kerana tamat tempoh melebihi tiga tahun.
7. Skandal Lebuh Raya MEX II: Abu Sahid, Wee Leong berdepan 19 pertuduhan libat lebih RM700 juta
Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan seorang bekas pengarah syarikat pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap 19 pertuduhan melibatkan wang berjumlah RM754.6 juta di Mahkamah Sesyen.
8. ASEAN tidak boleh jadi pemerhati pasif dalam landskap global yang mencabar - PM Anwar
ASEAN tidak boleh menjadi pemerhati yang bersifat pasif dalam menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik global, sebaliknya perlu memimpin usaha membina daya tahan dalam kalangan negara anggotanya yang kini menaungi lebih 600 juta penduduk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. Kes jenayah Najib tiada kaitan dengan saman sivil SRC yang sedang berjalan - Peguam
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa kes jenayah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak mempunyai kaitan langsung dengan saman sivil syarikat tersebut terhadap bekas Perdana Menteri itu.
10. Rakyat Malaysia sokong penuh misi kemanusiaan GSF, doakan kejayaan - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan penuh rakyat Malaysia kepada Konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) dan mendoakan kejayaan misi berkenaan yang kini hanya tinggal 750 batu nautika dari Palestin.